ดูดวงเนื้อคู่ คาถาหาคู่ คาถาโชคลาภ เลขเด็ด

วันเสาร์ที่ 14 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Palanivel timbang tindakan mahkamah terhadap ROS

Palanivel timbang tindakan mahkamah terhadap ROS


Bosan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Presiden MIC Datuk G Palanivel sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap dakwaan "ketidakadilan" badan kerajaan itu ke atas partinya.Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Palanivel berkata mereka akan ke mahkamah melainkan jika ROS tidak menarik balik semua surat bertarikh 5 Disember 2014, 31 Disember 2014 dan 6 Februari 2015.Katanya, ROS perlu berbuat demikian sebelum pukul 5 petang hari Selasa (17 Februari), dan menerima cadangan penyelesaian seperti yang dinyatakan dalam suratnya yang bertarikh 5 Februari.Menurutnya lagi, tindakan ROS yang didakwanya memudaratkan dan menyalahi undang-undang perlu dihentikan serta-merta.Minggu lepas, ROS mengeluarkan surat mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua cawangan itu, sayap, bahagian dan kepimpinan pusat. [Baca berita penuh/asal]Sementara itu, Bernama melaporkan Palanivel yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar berkata keputusan itu telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional semalam oleh Setiausaha Agung Datuk S. Sothinathan.Beliau turut menegaskan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) sementara yang diadakan semalam, adalah tidak sah.Palanivel mendakwa empat wakil ROS hadir di mesyuarat itu dan menurutnya ini juga tidak sepatutnya berlaku.Beliau turut menafikan dakwaan kononnya pelantikan Sothinathan selaku setiausaha agung parti itu tidak sah kerana menurut artikel 46.5 dan 49 perlembagaan parti : "Presiden mempunyai kuasa untuk lantik sembilan CWC, setiausaha agung dan bendahari agung".Ketika ditanya mengenai pemilihan semula parti itu, beliau berkata ia akan diputuskan selepas hari Selasa ini dan "akan menunggu keputusan mahkamah".Bagaimanapun apabila ditanya pemberita, Palanivel yang juga anggota Parlimen Cameron Highlands berkata akan mempertahankan jawatan presidennya dalam pemilihan semula parti itu.Turut hadir Sothinathan dan bendahari agung Datuk S Murugesan.Pada 9 Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti komponen Barisan Nasional itu perlu mengadakan pilihan raya baru untuk semua jawatan yang dipilih, antara April dan Julai tahun ini untuk mengelak daripada dibatalkan pendaftarannya.Krisis itu timbul selepas ROS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC pada pemilihan agung parti yang diadakan di Melaka pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula untuk jawatan itu dalam tempoh 90 hari.Surat tersebut mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan anggota parti sehingga ke hari ini.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น